COCOA COLLAGEN POWER PLUS


Cocoa Collagen Power Plus

AKHIRNYA..... dapat gak i reveal this healthy and beauty product yang dah lama i consume, produk nie yang i rasakan sangatla sesuai dengan khususnya bagi wanita yang dah meningkat usia, which bila u da reach age 25 and above, kulit2 and segala benda yang membantu dalama proses menghalang penuan dalam badan akan berkurang.. aspecially collagen dalam badan dan ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering n kusam.

Product yang i dah consume lama nie, i think sekarang sangat terhangat di pasaran, which if you gi mana2 or google blog orang lain, for sure they will talk about this product. 

product yang i consume tu adalah COCOA COLLAGEN POWER PLUS (aleh tajuk kat atas dah mention dah nama nyer... dramatik sungguh la)

ok, first product nie, di introduce by my mom... my mom nie kalau korang nak tahu, dia adala ratu segala ratu dalam jamu n produk kecantikan.. pantang ada produk yang berkualiti or yang berkhasiat.. dia la orang pertama yang mencuba..

so bila i start kawin, dia pun suggest la, yang i patut minum cocoa collagen nie... yes this produk, cara pemakanan nyer adalah minuman.. but believe me, minuman nie sangat sedap, ko boleh jadi ketagih la...

so after kawin i tak minum lagi, one day, saja2 je suka last2 jadi favorite minuman nowdays. tapi stop lebih kurang setahun last year, which masa tu i preggy kan.. which orang cakap kalau preggy, tak di galakkan ibu2 mengandung makan collagen, sebab baby tak memerlukan collagen..  masa preggy memang i tak consume satu pun produk kesihatan or kecantikan.. memang masa mengandung nie, macam2 la masalah kulit timbul..

but alhamdulillah, after deliver n masa dalam pantang, i terus start balik minum cocoa collagen power plus nie..

memang di akui, kiranyer my testimonial minum produk nie.. kulit start pulih, which segala jeragat n kulit kusam semakin hilang... walaupun i lambat tapi memang berkesan..
tapi yang paling i suka minum nie, susu badan memang banyak terhasil la... sangat2 banyak.. memang meriah la anak aku minum susu kan... 

selain dari itu, cocoa collagen nie terdapat dapat mengembalikan keremajaan wanita katanya.. memang betul pun.. kat sini nad attachkan apa kandungan dalam cocoa collagen nie and fact about the product...

Kandungan Cocoa Collagen Power Plus:

1. Marine Collagen - membantu mengimbangi hormon, mencantikan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit anda..

2. Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot - otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.

3. Lobata - membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung ( yang nie memang true, sebab it's work at me)

4. Krimer bukan tenusu - membantu meningkatkan daya kesihatan anda.

5. Dextrose Monohydrate - Melambatkan proses penuaan
and  lastly
6. Oligo Saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan



Antara Kebaikan dan Khasiat mengamalkan Cocoa collagen power plus nie:

1. Membantu mengimbangi hormon

2. Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut

3. Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit

4. Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung

5. Melambatkan proses penuaan

6. Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri

7. Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah

8. Mencerahkan kulit secara semulajadi

9. Memberikan tenaga

10. Membantu mengurangkan keguguran rambut

11. Melancarkan peredaran darah dalam badan

12. Mengimbangi berat badan

13. Meningkatkan daya penghadaman

14. Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot



Cara Pengambilan Cocoa Collagen Power Plus

- Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas/air suam supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut.

- Minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam.


- Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya.
tapi nad minum cocoa nie 2 paket sehari.. bergantung pada nafsu nk minum.. sebab ia sangat la sedap .. tak tipu k.. (^_^)


Penggunaan Cocoa Collagen Power Plus

1. Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas (sudah berkahwin/belum berkahwin) boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini.

2. Ibu-ibu lepas bersalin (amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)

3. Dilarang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki..



Some Close up about this Cocoa Collagen...

Cara2 nak bancuh cocoa collagen (huhu ..)

so cocoa collagen nie boleh di minum di mana sahaja.. cam kiter minum nescafe or milo
(owh please ignore kaki zombi tu yer)

if ladies need more info about/ or where to buy this product, feel free to email me ya..
 insyaallah i'll response to your request...

sharing is caring, especially beauty talk

thanks for reading this entry (^_^v)

p/s - later i'll share the picture of my skin before n after consume this product.. nak amik gambar sekarang, tak bertudung plak.. hehe and please ignore my bahasa yang tonggang terbaliik k...


ok check this out.. its awesome..
https://www.facebook.com/pages/Nadzpeanutdotblogspotdotcom/373826112719511?ref=hl

Experience Bersalin di PPUM

Any woman in this world.. once dah taw yang diri anda hamil, for sure you girls will thinking few question as below rite:

1. owh i'm pregnant! it's true?
2. owh i nak bersalin kat mana yer?
3. hurm anak lelaki or anak perempuan  yer?
4. owh sakit tak bersalin tu?
5. owh apa yer nak beli n nak baby checklist!!!? (nie selalu kalau ko anak pertama la kan)

but usually, most mother to be will thinking, kat mana aku nak bersalin? 

sebab if kiter dengar stori mori orang yang dah ada experience nie, macam2 citer kiter dengar pasal bersalin nie.. ada yang takut nak bersalin kat government sebab takut service nyer cam haram or takut nurse2 nyer tak layan and paling best nad penah dengar if bersalin kat gomen nie sakit nyer xtra ordinarary ( masa dengar nie blur giler.. ada ek camtu )

ada yang pikir if bersalin kat swasta service nyer tip top i love you and bersalin tu mesti tak sakit.

tapi kat sini nad nak bagitaw.. kalau ko bersalin kat prince court sekali pun, sakit bersalin tu tetap la sama.. betul tak?

for me,once taw dah mengandung, i decide nak bersalin kat PPUM. 

Y? 

don Ask! 
hahaha

antara reason!

1. nak bersalin kat swasta? omak ai,, onkos nyer takde
2. nak bersalin kat kerajaan? temujanji checkup kena follow dorang ( part nie yang susah if ko berkerja swasta)

so y i choose ppum? the main reason nyer sebab boleh adjust2 temujanji ngan doc, plus harga tuk bersalin pun agak affordable la.

masa first checkup kat ppum, nad decide nak checkup every friday, memang every friday la aku dapat smp la bersalin. and kedua wad nyer cantik sangat and ketiga nurse2 nyer baik la.

my experience bersalin kat situ memang amazing, nad bersalin on 19th November 2012, so nak di jadikan stori, malam sebelum tu dah contraction tapi tak kerap, contraction start dari kul 8 malam smp la kul 3 pagi.. memang masa contraction tu tak boleh tido, sebab perut memulas2 sakit.. tapi sakitnyer boleh tahan... 

nak taw camne sakit contraction? sakit nyer cam sakit period pain, plus pinggang ko cam nak di cabut la.. tapi contraction nad datang every hour..so lepas hilang contraction tu nad dapat la tido smp la kul 6 pagi.. bangun subuh, siapkan hubby nak gi kerja and smbung tido balik.. masa sambung tido balik tu kepala da sakit sangat, plus nad cakap kat hubby yang ari tu tak gi kerja sebab kepala sangat sakit. hubby siap pesan kalau rasa lagi sakit contraction terus gi hospital. so smbung tido.... ZZZZZZZ

dalam kul 9 pagi, mak metua den ketuk pintu kejut.. cakap siap2 la.. jum gi hospital cek2.. mana la taw.. sebab kan contraction semalam mungkin dah bukak ker.. so dengan tak banyak soal bangun n siap.. tapi masa tengah siap tu.. kepala berat n sakit sangat.. siap muntah lagi.. dalam hati dah cakap.. nie mesti bp aku naik nie, sebab tak cukup tido.. ( masa dalam preggy memang tak de masalh bp.)..

bila da siap terus la bergerak gi ppum, smp2 jer amik no.. hah part nie yang aku suka check kat ppum, sebab bila ko dah buat appointment memang ko takyah tunggu lama2.. atau pun kalau ko walk in tak yah tunggu lama..  bila dah amik no and buat pembayaran terus la gi kaunter checkup.. check urine, check bp

bila smp check bp.. sekali bp aku 171 ko.. tinggi giler.. masa nie nurse siap cakap, aku de darah tinggi ker.. memang aku takde darah tinggi..

tapi aku taw punca nyer sebab contraction malam tadi.. so dengan sepantas kilat nurse tu refer aku kat doc.. emergency la katanyer.. smp2 kat doc, doc pun terus check bp aku secara manual.. sama gak. bp aku tingi 170 ke atas and aku pun explain la kat doc tu yang malam tadi aku contraction. 

dr yang cek aku tu lelaki. so bila dia nak cek bukaan katanyer.. dia panggil la sorang dr pakar perempuan mintak tolong cek kan bukaan kat bawah tu (ms V kiter tu)..

mungkin dr nie tahu kot yang aku  nie segan..

bila dr perempuan tu check bukaan kat bawah, sekali dah open 2 cm.. eh aku pun pelik.. camne ley open padahal aku tak rasa sakit pape pun accept malam tadi la...

memang serius aku tak sakit pape kat bawah n perut.. n air ketumban pun tak pecah..
lepas dah cek2 tu dr suruh gak aku admit, sebab dia risau bp aku tinggi.

nak tak nak aku pun admit la.. masa admit tu sempat la bedal nasi lauk satu.. nasi lemak satu.. amik ko.. makan tak ingat dunia.. so lepas relax2, dalam pukul 4.00pm camtu adalah doc n doc pelatih datang menyibuk2 kat katil aku.. dr pakar tu mintak nak seluk n nak cek bukaan, mana la taw kalau da terbukak besar, masa nie dia seluk tersangat la sakit yer... sekali dr tu menjerit 

"eh, awak da bukak 5cm la... cepat nyer"

masa nie aku terkejut giler.. hah cepat nyer...dr tanya lagi..

" awak de pecah air ketumban ker"

"takde pun doc"

"hurm"

"sekarang nie heartbeat anak awak laju la. so kiter terpaksa tolak awak gi labour room yer.. emergency case, ready for deliver"

mak ai masa nie tuhan jer tahu.. first dalam hati cakap.. eh aku nak bersalin dah ker... cepat giler... masa nie da la takde sapa2 kat sisi... nurse pun pe lagi.. suruh kemas barang n tulis nama kat beg.. nanti family datang boleh amik.. n dia siap suruh aku buang air besar ko... apa lagi.. cucuk enema la kat belakang bawah...

masa nie tak sampai 1 saat, terus berlari ke toilet dalam keadaan masih lagi sakit seluk...

dah selesai urusan kat dalam toilet, sempat telefon mak metua bagi taw nak masuk labour room n sempat lagi tepon suami mintak ampun n mintak suami tolong telefon mak aku mintak ampun on behalf.. sebab dalam labour room tak boleh bawak masuk hp ( masa nie la semua orang nangis2 termasuk la aku) (T_T)

so duduk atas wheelchair, di tolak la ke labour room level 2 tak silap la... masa nie semua nurse baik sangat2 ko.. siap nurse yang tolak wheelchair aku tu ajak camne penafasan nak bersalin, apa ayat yang patut di baca n bagai2 lagi la...

so smp bilik bersalin, aku terus naik katil, masa nie da datang da satu perasaan yang sangat nervous k... orang depan kiri kanan semua sakit nak bersalin... macam2 bunyi la aku dengar..

so dalam kul 5, datang la doc pakar o&g and doc pelatih, sesi temubual bermula...  macam2 la di tanya.. last2 dorang decide nak pecahkan air ketuban aku.. plus masa nie da terbuka dekat 6 cm n yang aku risau waktu nie, hearbeat anak aku laju ko... dekat 200.. dr cakap kalau heartbeat nie berterusan laju after pecah air, emergency c-zer ... owh tu yang tak nak tu..

lepas dah pecah air tu.. aku menahan sakit dekat 5 jam la.. memang masa nie layanan doc n nurse terbaik la kat ppum, especially doc pelatih.. memang terbaik.. masa time aku tu.. de 2 dr pelatih lelaki di tugaskan jaga aku... sebab each katil memang dorang assing 1 or 2 dr pelatih.. dr2 pelatih dua orang tu memang tip top la jaga..siap cool down kan aku.. tolong bagi minum air selusuh.. masa nak dekat2 bersalin tu.. tak yah la citer.. memang aku menjerit tak tahan.. tapi relax jer dr n nurse kat situ.. tak marah2.. 

alhamdulillah, tepat kul 10.22 malam, aish selamat di lahirkan.. dengan bantuan dr n nurse yang guide aku masa sesi teran meneran.. seriusly, masa dr cakap aku dah boleh teran.. aku siap tanya kat dr n nurse.. camne nak teran? huhu memang kelakar la nie...

tapi boleh aku katakan, setakat nie experience aku bersalin dekat pusat perubatan universiti malaya nie terbaik.. bukan saja fasiliti dia, tapi most of nurse n dr nyer baik2...

if kiter buat follow up checkup kat sana pun, sistem nyer teratur plus sekarang for O&G dekat bangunan baru, jadi wad n fasiliti nyer baru and updated... wad pun cantik n bersih yer.. food boleh la tahan, tapi still boleh makan... 

owh yang penting kalau bersalin kat situ.. dia bagi pampers n mini set barang2 baby.. n sepanjang dalam wad dia provide baju tuk mother n baby, bawak baju tuk discharge je la...

n satu lagi....

bill pun tak mahal, masa bersalin ari tu nad di charge RM 449 jer... if c-zer nad dengar dalam 1k- 1.5 k  jer... still affordable, n plus kat situ memang de semua dr2 pakar...

so memang di suggest kan pada ibu2 yang bakal bersalin, ppum is the best hospital to get first experience bersalin... 
after bersalin,  dinding wad bersalin dia kaler puple ada rama2 lagi...

aish fresh from oven


Muhammad Aish Ilman bin Mohd Aznoor

to future mother, boleh la letak PPUM as one of the list hospital pilihan anda.. :)

if ada sebarang pertanyaan or nak buat tempahan bersalin kat PPUM

you can call this number 03-79494422 mintak sambung ke bahagian O&G 
or 
boleh layari www.ummc.edu.my

sesiapa yang pernah bersalin kat sana..you can share your experience kat sini k!
sharing is caring..

Thank you for reading this entry!



 
Copyright © Nadira Ismail | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in