Tips Memandu dengan bayi

Assalamualaikum

Memang susah bila semua benda kena buat sendiri.. especially kalau working mom.. and lagi pening bila kena drive sambil bawak baby. setengah ibu - ibu di luar sana tak berani nak drive sambil bawak baby. ye la mana nak drive lagi.. mana nak tengok anak lagi.. if dapat baby yang crancky and tak suka duduk dalam car seat.. huhu memang naya

macam nad, kedua dua anak nad berbeza.. masa aish baby.. dia tak suka duduk dalam car seat.. so kalau ada urgent matter yang nak kena buat.. nad kena tunggu my husband balik n bawak nad kemana mana or nad terpaksa tinggalkan aish dekat my sister or my PIL.

tapi aziz.. different.. dia boleh di bawak berbincang kalau nak drive bawak dia..
macam aziz.. alhamdullialah, dia nak duduk dalam car seat. memang memudahkan nad kalau de benda urgent yang kena settle and in same time kena bawak dia kan.. macam baru nie.. my husband admitted hospital and i terpaksa handle anak2.. tapi alhamdullilah both my family in law very helpful.. especially jaga aish.. hehehe.. i memang surrender kalau bab bab aish nie..  tapi lucky aziz ok.. baru nie drive berdua dengan dia dari shah alam ke selayang then patah balik ke shah alam.. alhamdullilah aziz behave and memahami yang ibu dia kena survive..

from both experience i realize kalau nak drive sambil bawak baby.. kena prepare few benda supaya dia tak merengek dan kiter pun selesa dan tenang nak drive.

nie tips dan experience dari pengalaman nad harap dapat memberi manfaat kepada mummy di luar sana.

Tips # 1
- kena make sure baby dalam keadaan bersih dan selesa. .sebelum nak bergerak tu tukar la siap pampers dia.. pakaikan dia pakaian yang dia akan rasa selesa.. kalau rasa kereta tu aircond dia macam kat kutub utara.. so pakaikan la dia dengan pakaian yang selesa.. but kalau kereta tu aircond dia macam kat gurun sahara.. pakaikan dia dengan pakaian yang boleh ada flow angin...


tips # 2
- prepare siap susu dia.. bila nak travel tu.. bancuh siap2 susu anak tu.. n letak kat tempat letak air dalam keta masing2.. kalau dia nangis je.. sumbat je susu tu dalam mulut nyer.. if ibu yang menyusu badan.. siap2 kan masuk susu yang di simpan tu dalam botol susu.. kalau yang jenis direct breasfeeding.. sebelum drive tu.. susu kan dia siap2 sampai dia tertido...


tips # 3
-  pastikan car seat dia selesa dan penuhkan toys.. letak toys yang tak menganggu kiter ketika memandu



tips # 4
- sentiasa standby kain untuk pape masalah ke.. then wallet or duit untuk bayar toll or apa - apa siap2 standby.. standby air minuman untuk ibu2 gak.. then bila semua ada.. boleh la drive dengan keadaan yang tenang


tips # 5
- baca la doa dan memohon supaya permudahkan ibu2 ketika memandu..





memang kadang2 rasa dugaan betul kalau drive with baby yang bawah 6 bulan nie.. sebab dorang nie tak nak duduk diam dalam car seat.. tapi if kiter train dia hari2.. insyaallah dia akan ok..
macam aish dulu.. nad tak berkesempatan nak train dia.. but kali nie aziz memang nad akan train dia habisan ... susah nak ke mana2 if baby tak nak duduk dalam car seat..

korang boleh follow my tips nie.. setakat nie semua tips nie success la.. hehe



Sharing is caring

Thank you for reading this entry!!



Insurance for Kiddo ?

Assalamualaikum



apa pendapat korang?




perlu tak insurance untuk anak2?

yay or nay?




Ini pendapat nad.. bagi nad selepas berlaku beberapa kejadian yang melibatkan anak.. nad terus tukar persepsi dalam insurance nie.. for me yes! you should have insurance for your kiddo.




y?




this is my story from seorang yang sceptical about insurance..




yes.. nad nie seorang yang sceptical about insurance. bagi i bila orang insurance telephone nak cakap pasal promo nie la.. promo itu la.. package ni or package tu.. nad terus cakap
 ' i'm not interested'. masa tu la nad n mr shuben pikir.. takpe kiter pakai insurance company je.. then ramai gak cakap.. guna je insurance company je... jimat.. tak perlu nak bayar monthly.. guna je benefit tu... jadi memang kami tak nak la amik insurance nie.. 


untill one day..

aziz sakit n batuk berpanjangan.. tak silap masa tu umur dia 4 month ++.. if sapa yang follow my IG & FB.. memang aware masa tu aziz batuk lama sangat.. almost 1 month.. da bawak gi klinik pun tak baik.. try cara alami pun tak baik gak.. jadi one day tu nad bawak la gi hospital after bb sitter dia call n cakap aziz tak boleh nak bernafas sangat.. bila dr check, rupanya aziz kena bronchitis. then dr cakap lendir sangat banyak n ada wheezing sound kat paru2 dia.. so dr push untuk admit sebab nak bagi antibiotic and nak sedut kahak dia sebelum paru2 dia kena infection... 

jadi kami pun dengan confident cakap ok.. masuk la.. guna insurance tempat kerja la.. 

so dengan confident bagi la kad insurance family company hubby.. lepas menunggu almost 15 minutes.. tiba2 bahagian admission cakap nama aziz tak registered dalam insurance tu.. 

wahhh masa nie hubby da mengelebah.. nad relax lagi.. then cakap takpe.. guna insurance company nad.. so after 10 minutes.. bahagian admission bagitaw benda sama.. yang nama aziz takde dalam list.. 

wah masa nie da cuak.. mr shuben pun cuak gak.. then dia call hr opiz dia n tanya kenapa nama aziz tak de dalam insurance company.. sebab masa aziz lahir dalam sebulan tu dia da register da kat hr opiz dia tu... sepatutnyer after 14 hari da masuk da dlm coverage kan..

so bila check. rupanyer hr opiz dia tak buat kerja.. means masa mr shuben submit borang registration tu.. dia buat ikan perkasam je kat opiz.. wah masa nie hubby da bengang da.. plus hr opiz dia cakap.. "you bayar la cash then claim".. wah masa nie hubby cakap la kat dia.. "meh ko bagi 3 ribu kat aku.. aku bayar kat hospital nie" baru terdiam hr dia.. 

then hubby report kat manager dia to take action sebab hr dia tak buat kerja.. bila da kena sound camtu baru la terhegeh2 hr dia nak call insurance n registered.. n of coz it takes few days to active the coverage kan...

then my company plak... sebab nad in hr department.. so when i start je masuk opiz.. i terus send email to insurance broker untuk register aziz.. then my case plak.. the insurance broker tak buat kerja gak.. tak submit nama aziz untuk active kan coverage dia.. then apa lagi la.. i terus la marah.. memang kena marah.. but luckily insurance broker tu admit mistake dia.. memang masa nie frust betul la guna insurance company nie.. tak secure langsung.. if anything happen to  family la.. camne? 

bukan semua orang berduit nak bagi deposit kan.. 

y nad gi kpj instead gi hospital gov.. sebab masa tu pikir boleh guna insurance company la.. n memang niat nak admit kan aziz untuk futher check up.. sebab aziz da batuk teruk sangat.. if gi gov hospital.. asyik cakap takde pape je.

Jadi nad tanya  kat kpj if nak admit, berapa deposit if tak guna insurance.. sekali dia cakap deposit 4 ribu.. wah mana ko nak cari on the spot deposit tu kan.. da la masa tu pukul 4 petang.. of coz if nak kuarkan duit asb pun memang tak boleh la waktu tu... 

jadi kami buat keputusan untuk refer pergi PPUM

so we talk to the Dr.. and inform about the problem.. then mintak surat refer to PPUM..
Dr tu very understanding and bagi surat refer to PPUM for futher check up..

then kami ke PPUM next day bawak aziz.. tapi PPUM tak nak admit.. sebab dia cakap aziz nyer condition tak teruk.. so dia bagi ubat n ajar camne nak keluarkan lendir dari hidung aziz tu.. 

so di ringkaskan cerita.. aziz makin teruk gak.. untill one night tu muka dia da biru bila asyik batuk2 n dia sukar nak bernafas sanat.. tengah malam kami ke kpj bawak dia.. sebab kpj paling dekat dengan rumah.. 

sebelum tu i call insurance to make sure nama aziz da registered.. 

alhamdullilah.. malam tu gak aziz masuk hospital and kena nabulizer on the spot.. 

sapa2 yang follow my IG n FB.. tahu la raya puasa tahun nie kami beraya kat hospital..
aziz kena admit dekat seminggu... 

so dari kejadian nie.. kami realize yang kami perlu amik insurance untuk anak2.. bukan sebab nak tunjuk ko banyak duit ke apa ke.. tapi untuk keselamatan dan keselesaan anak2.
tak bolej nak harap insurance tempat kerja nie.. sakit hati bila dorang nie tak buat kerja sangat.. gerammmmmm !!!!

after survey few package insurance.. and some of my frenz kenalkan kawan2 dia yang ejen insurance... akhirnyer i decide nak amik Prudential BSN Takaful dengan Ejen Niki.

Memang dia the best ajen i rasa.. dia datang jumpa i n brief very details on setiap package yang dia suggest..

dalam banyak2 ajen yang i jumpa... first time i jumpa dia.. terus i decide nak amik dengan dia.. 



aziz n aish medical card n my agent business card

entry nie bukan di tulis untuk promote purpose.. but entry nie adalah pendapat dan pandangan nad sendiri.. which as a parents kiter nak dapat kan terbaik untuk anak kan.. 
jadi memang nad sokong seratus peratus.. yang parents kena amik insurance untuk anak..
if berkemampuan amik la insurance untuk anak2.. amik package yang bermanfaat untuk dorang.. 

macam nad amik package medical card and also investment untuk education dorang.. 
bila di pikirkan.. tiap2 bulan nad boleh shopping online beli baju n bagai sampai beratus kan.. but berkira nak bayar insurance anak kan..

then bila tragedi nie happen to me.. terus i realize that memang i kena amik insurance untuk my boys ( nie la orang kata da terkena baru nak sedar kan! padan muka ko nad :) )

heheh bila da amik nie.. alhamdulillah lega rasanya..

kalau korang nak amik insurance dengan ejen yang i amik nie.. please call her and buat appointment dengan dia.. korang boleh tengok details dia kat gambar di atas.. zoom it

alhamdulillah.. dia ajen yang bertanggungjawab dan memahami

thanks niki.. 

nie la niki.. dia datang melawat aziz masa admit hari tu





kiter happy bila anak2 pun happy kan.. 


budak sakit sampai sebulan nie kan.. geram je tengok dia..  :)


till next entry ya !





Si penakut naik lif

Assalamualaikum

nak share something yang funny... 
Aish this note for your dear... kamu kena tahu yang kamu nie masa kecik takut naik lif yer.. 
aish si penakut lif naik lif.. hahha

baru perasan yang aish sebenarnya takut naik lif.. 
mula2 tak perasan yang dia nie seorang yang takut naik lif.. but mr shuben yang perasan anak dia nie penakut naik lif..

selalunyer bila dia naik lif,.dia akan statik n pandang ke bawah lepas tu tangan tu akan di gengam n lepaskan banyak kali..
kalau dia rasa tak secure agaknyer.. dia akan mengesot cari dinding lif... 
bila pintu lif buka.. cepat2 dia keluar.. lepas tu bila keluar.. dia akan berhenti dan akan pandang ke belakang baik pintu lif tu.. 

haha sangat chomelllll..

susah gak kalau ada anak yang takut naik lif nie... 



kelakar la kamu nie aish... 

but addorable n chomell.

luv u to the moon and back and to the moon again and back again..

hehe camne yang lain?
camnie gak baby korang...



Bila Aish Balik Kampung

Assalamualaikum

haha nie la gelagat aish bila balik kampung.  sekarang aish dalam alam menexplore dan memproses untuk pemahaman dia.. sekarang aish sangat petah bercakap dan sekarang aish sangat laju berjalan.. selain itu aish sekarang sangat la kuat makan dan juga sangat kuat tengok kartoon upin n ipin yer... hurm..
alhamdulliah bulan 11 nanti genap la umur aish 2 tahun. alhamdullilah aish membesar dengan sihat dan bijak.. hehe.. cucu kesayangan atok n nenek dia tu.. memang cerdik budaknyer.. hehe

aish selalu ikut atuk n nenek dia balik kampung if nad ada kelas on weekend. ye la sapa nak tengokkan dia if nad de kelas kan.. sejak aziz ada nie.. aish memang rajin ikut atuk n nenek dia balik kampung.. yela.. hubby bukan boleh handle sekali dua anak tu.. mak ai mahu pengsan dia kalau kena jaga aish and aziz...

so ini la aktiviti aish di kampung.. berjalan2 tengok haiwan2.. bergaul dengan sepupunyer

















last but not least... sayang benar kat adik nyer
tak sabar nak dukung adiknyer..



Akhirnya impian mak tercapai!!!!

Assalamualaikum

haha saja je nak buat entry pasal mak kiter sikit.. 

akhirnya impian mak tercapai.. 

apakah impian dia tu?

impian dia nak gi UK.. nak buat Euro trip..

pergi bukan sekejap ko.. pergi duk sana sampai 4 bulan..

nasib baik la ada anak yang belajar kat sana..

my brother tengah futher study kat sana.. so kesempatan itu mak pun amik la kesempatan

 nak duk sana n beraya kat sana.. nak merasa snow katanyer.. nak beraya kat sana la.. 

jangan tak balik sudah mak oiiiii...

apapun alhamdullilah.. tercapai impian yang dah lama terpendam kan..

nie plak sebelum balik mesia dia nak gi canada melawat my cousin yang baru je fly ke sana... 

pape pun mak.. tak kisah la nak gi mana sekali pun.. janji nanti balik yer..

penat la nak tango selalu.. nnt balik jaga cucu plak yer..

haha cucu mak da nak berjalan da nie.. so kena la balik cepat yer... 

layan kan la mak aden nie... 



bercita2 nak belajar.. dapat baca buku kat library pun jadi la..
dapat masuk lecture hall lagi.. 

my  mum n my brother ( masih single tu..)
beraya haji di sana...




dah  macam refugee plak pun ada.. \
hahahahahha

before fly to UK..
my sis, my mum & my Bro
masing2 single belaka...



my big family.. n soon future family.. heheh

the guys.. ooh yang baju merah n ketayap tu.. my father..

my sis n mom n en somi...

memory of amsterdam



cita cita nak naik bus double decker kat london..
tercapai gak ko cita2 mak..
ok mak.. semua impian da tercapai..
nanti balik jaga cucu yer... hehehe


odw to zurich.. 1 week of euro trip




paris

eiffel tower


buckingham palace



beria yer mak menyapu sampah kat umah azri tu..
aisshhhh

happy face

at schiphol airport


so itu la... tercapai dah semua impian dia.. 
so mak if you read this.. balik nie boleh la mak jaga cucu yer..
semua impian da tercapai..

bila nad nak gi sana? insyallah.. nnt bila ko convo azri yer!!
nak bawak askar dua orang tu kena tunggu dorang besar..

boleh gi tengok ko n nurin sekali..

owh mak nnt balik, jangan lupa beli banyak barang  yer..
hehehe



owh pic kat bawah nie my kuzen yang super vogue de vass
sambung belajar kat toronto..
so nurin nugee.. all the best k..
will come to your place nnt
insyaallah..



dah semua orang nak futher study kat oversea nie..
tiba2 rasa teringin nak futher study ke sana plak..
insyaallah.. pasang impian.. 
insyaallah termakbul..

sooon... kena tunggu anak2 besar dulu..


mak!! picture of your cucu..



miss them ?






Aziz & Aish Selsema

Assalamualaikum

Entry sepantas kilat untuk hari ini..
Tengah sibuk kat opiz nie.. so dapat up dulu entry yang pending dekat seminggu nie

orait 2 minggu lepas aziz and aish di serang selsema..
so paham la kalau baby and budak2 nie kena selsema 
asyik cranky je.. n tak boleh nak berenggang ngan  nad..

paling teruk bila malam.. sebab dorang susah nak tido
sebab hingus block penafasan tru hidung dorang..

jadi apa solution nad buat.. 
nad buat minyak bawang putih.. cara buat minyak nie my WA group  jengkarian yang ajar.. (thanks guys for the advice.. appriciate it)

meh nad ajar for mummy out there camne nak buat minyak nie..

bahan - bahan


Bahan - Bahan
minyak - nad guna virgin olive oil from Palestine
3-4 ulas bawang putih
garpu

Cara - caranya

1. layurkan bawang putih tu di atas api dapur sampa dia lembik..macam da itam2 sikit. terpulang kalau nak kupas kulit bawang putih tu or not.. both are ok..

2. bila da layur n da lembik masukkan dalam tupperware yang sesuai then masukkan minyak tu.. then penyek2 kan sikit bagi juice bawang putih tu keluar..

3. then tutup bekas tu the biarkan dalam 1/2 hour bagi dia mix well ngan minyak tu.. sedap taw bau nyer.. hehe

4. so boleh la guna kat anak



cara nak apply kat anak
1. bila anak nak tido.. sapukan sikit minyak kat dada dia.. belakang dada dia.. n bawah hidung dia sikit.. boleh letak sekali sahaja or byk kali.. depend pada keselesaan anak ok..
2. nnt lama2 korang akan perasan anak korang akan selesa tido.. 
satu lagi.. korang buat minyak tu boleh di simpan dalam 1minggu or dua minggu.. nad simpan 1 minggu je.. kalau ada balance lepas tu nad buang.. then buat yang baru balik
2. nnt lama2 korang akan perasan anak korang akan selesa tido.. then hingus pun akan berkurangan..

dan satu lagi tips.. 

korang boleh tumbuk lumat bawang putih tu.. then letakkan dalam sock baby anda.. insyaallah selsema dia akan kurang.. nad buat dua2 tu kat aziz.. but aish nad letak minyak jer... 


 bawang putih nie selain dari bagus untuk masakan.. banyak kebaikan nyer lagi..
korang boleh baca akan kebaikannyer yer kat bawah nie

Khasiat bawang putih mentah

  • Dapat meredakan demam + selesama
  • Merendahkan tekanan darah
  • Memiliki tindakan hipertensi + antikoagulan + anti-trombotik dan keupayaannya untuk mengurangkan aterosklerosis berkaitan dialami dalam arteri kita
  • Membantu mengawal gula dalam darah
  • Mengurangkan pengumpalan platelet + pembekuan darah = sekali gus mengurangkan strok
  • Mengelakkan + merawat jangkitan bakteria + virus + kulat
  • Merawat parasit dalaman dan luar seperti kutu + nyamuk. Mana yang nak pergi Camp bawa xtra garlic
  • Boleh membunuh beberapa jenis bakteria yang telah menjadi imun atau tahan antibiotik moden
  • pengambilan bawang putih boleh mengurangkan risiko membangunkan beberapa jenis kanser, terutamanya kanser saluran gastrousus. Boleh baca Bawang putih juga penawar kanser
  • Meningkatkan tahap antioksidan keseluruhan badan + merupakan sumber selenium = ubat anti-kanser yang kuat
  • Mengalami penyakit kaki makan air? Letakkan beberapa kepingan bawang putih segar atau beberapa bawang putih yang dihancurkan dibahagian antara jari kaki anda. Balut dan biarkan untuk beberapa jam = 6 jam.
  • Menunjukkan sifat2 ajaib dalam merawat keracunan logam berat seperti plumbum + merkuri + kadmium + arsenik + tembaga. Jika terkena salah satu logam tersebut dalam badan maka cepat2 kunyah bawang putih mentah
  • Menyembuhkan bisul + kudis. Hancurkan bawang putih dan tepekkan atasnya. Biarkan hingga kering dan ulangi amalan ini hingga kudis sembuh
  • Untuk menghilangkan ketuat atau kutil iaitu lebihan daging kulit seperti tahi lalat hidup. Ambil beberapa kepingan bawang putih dan letak pada ketuat tersebut. Ulangi hingga ketuat itu tanggal


orait so mummy boleh la try buat cara alami nie.. 
insyaallah akan sihat anak tu.. oo selain tu jangan lupa yer niat masa sapu kan minyak tu kat anak.. niat supaya anak kiter cepat sembuh.. 

orait got to go.. kerja da memanggil...

selamat mencuba yer mummies.. !!



sharing is caring!!

thank you for reading this entry!!




 
Copyright © Nadira Ismail | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in