Our New Home Soonnnnnn!!


Assalamualaikum

Our new home soon!!

dah nak siap dah pun

huh pening gak beli rumah nie yer.. 

ingat senang je macam ABC

paling pening bila tang bank and progress payment

pape pun alhamdulliah

dijangka dapat kunci tahun depan

as per agreement 24 month

lepas nie banyak la duit nak keluar.

kalau korang nak tahu details pasal rumah nad nie and kat mana nad beli?

korang boleh baca entry nie




view from depan



my ruang bawah.. anyone ada idea untuk rumah yang dapur dan ruang tamu nyer sekali

mengadap tangga

dari luar























ok dah tour kan

sekarang nie nak kumpul idea camne nak decorate rumah

adoi kena cari duit lebih nie

kena pikir camne nak cari duit lebih nie.. hahaha

ok la.. jumpa next entry nanti yer..


Thank you for reading this entry!





Aziz first day at taska.....

Assalamaualaikum

Nak share..

Hari nie merupakan hari pertama aziz duduk taska..
huhu macam macam perasaan yang nad rasa pagi tadi bila hantar aziz gi taska
ada rasa takut, bimbang, dan macam macam la..
dengan pelbagai stori pasal taska or baby sitter kan.. memang rasa takut sangat nak hantar anak ke taska.

Tapi alhamdullilah aziz pagi tadi behave je pergi school..
Senyum je dia pagi tadi kena hantar ke taska kan..

aziz sekarang nie dengan rasminye akan duduk kat Taska Permata Tunas Cemerlang kat Taman TTTdi Jaya nie. Taska nie register under JKM
so little bit secure la.. 

Nad just pikir positive and percaya pada taska.. if rasa takut sangat pun tak boleh.. mahu tak buat kerja langsung kat opiz sebab memikirkan anak kan..

pagi lagi da sampai kat depan pintu taska.. excited pun ada nak hantar aziz ke taska kan..

aziz look this morning.. sebelum ke taska singgah umah nenek dia.. dia cam taw je pagi nie bukan nenek dia yang jaga tapi orang lain.. but still smiling this morning taw... comell 

kat taska nie, waktu menjaga dari kul 7 pagi sampai 8 malam
after that kena charge OT

Nie once of teacher aziz.. sorry tak boleh nak amik full picture,
tak  mintak izin nie amik gambar. masa nie da petang nak amik aziz


lepas dari taska terus je menuju ke rumah nenek and atok nyer.. 
kitaorang memang hari hari transit kat umah atok dan nenek nyer..
sebab abang aish di jaga oleh nenek and atoknyer..
kenapa? sebab dari lahir lagi kan aish di jaga oleh mereka. 
tak samapi hati plak nak hantar ke taska kan..
aziz pula kena hantar taska sebab nenek shah alam dah tak larat nk jaga baby.. plus dengan kesihatan tak mengizinkan. and nenek gombak dia pula dah duduk kat UK.
jadi no choice kena la hantar kat Taska Permata Tunas Cemerlang nie

lepas amik adik dari taska , rutin baru plak kena bawak si abang aish nie jejalan pusing taman. kalau tak mengamuk nak keluar. aish abang.. ibu sayang korang berdua taw.. so jangan jeles2 yer..




sekarang nie tiap tiap pagi dalam handbag nie kalau takde barang barang anak tak sah.. 
masuk opiz n nak letak beg.. eh! tiba tiba tengok ada botol susu la.. kain la.. topi anak la..
nie memang penyakit mak mak kan.. 
haha.. kadang-kadang malu gak ngan kawan  opiz nie. 



Thanks for reading this entry



Berpantang selama44 hari ? 60 hari? atau 100 hari?

Assalamualaikum


Korang rasa berpantang selepas bersalin sepatutnyer 44 hari or 60 hari or 100 hari?
apa kata korang? yang mana sepatutnyer kite kena ikut..?
Selalunyer orang tua akan suruh kiter berpantang selama 100 hari. 
Hehe macam nad, mak kiter cakap suruh berpantang yang betul2 selama 44 hari. Pantang makan Selama 60 hari dan Pantang dengan suami 100 hari.. hahaha yang dengan suami tu tak boleh blah.. takut benar la dorang.. hehe

Tapi pada pandangan nad.. nad berpantang sebetulnyer 44 hari which dalam waktu camnie nad akan bertungku, berbarut, tido secukupnyer, mengurut dan juga menjaga pemakanan. Then untuk makanan ada certain makanan nad akan berpantang smp 60 hari.. dan berpantang dengan suami.. of coz la.. selama 100 hari..  :)

Ok.. kenapa perlu berpantang? 



Boleh dikatakan sebilangan besar wanita melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi berpantang ni..  like my mom said kalau nak dapat balik potongan badan yang asal kena la rajin berpantang.. and also orang yang rajin berpantang nie akan menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala dan also akan kelihatan jelita.

Secara umumnya berpantang sebenarnya tidak la fokus ke arah pemakanan sahaja tapi merangkumi hubungan kelamin, aktivit harian seperti mandi atau berurut. 
Dari segi perubatan pula tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episitomi atau jahitan pembedahan (C-zer) akan sembuh sepenuhnya. so apabila darah nifas dah kering dan badan kembali sihat dan wanita kena bersedia plak dari segi fizikan dan mental untuk membahagikan masa bersama anak dan suami.



Manakala daripada segi kesihatan pula, darah nifas sebenarnya mengandungi bacteria dan juga lendiran daripada lapisan dinding rahim system peranakan. Keadaan anatomi salur kencing dan salur dubur yang berdekatan dengan salur faraj menyebabkan berkemungkinan jangkitan kuman mudah dihadapi. Luka jahitan episitomi juga mugkin boleh terbuka atau koyak jika berlaku tukusan semasa hubungan kelamin tersebut.
Jika dilihat dari segi aspek pemakanan, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran ‘sejuk’seperti kangkungserta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah ‘gatal’ seperti ikan kembung. Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan atau sjian yang pedas kerana dikhuatiri akan’disalurkan’ melalui susu ibu kepada bayi tersebut.
Kebanyakan kaum wanita, khususnya wanita melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi. Nad experience this masa dlam pantang.. azab sungguh taw bila kena sembelit nie.. 
Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara tiga hingga lima gelas sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas juga penyusuan ibu. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
Secara kesimpulannya contoh-contohyang disebutkan tadi hanya merupakan sebahagian amalan berpantang yang seringkali dipraktik dan diamalkan. Namun begitu, terdapat juga amalan-amalan berpantang yang tidak begitupopular yang sudah ketinggalan zaman kernan tidak sesuai dengan keadaan terkini dan tidak diwarisi lagi. Daripada huraian di atas boleh disimpulkan bahawa tidak semua amalan semasa berpantang itu membawa kesan negatif malahan ada juga yang secara logiknya memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.
So mummy kat luar sana boleh pilih nak berpantang selama mana yang anda perlu. bagi nad cukup la selama 100 hari.. hehhe
nanti next entry nad akan ceritakan kisah kemurungan nad masa dalam pantang k..


Sharing is caring

Thank you for reading this entry.

 
Copyright © Nadira Ismail | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in