Review: UMRA Medical Centre @ Hospital UMRA

Assalamualaikum

huhu janji nak reveal kan tempat nad bersalin untuk baby no-2 nie kan,.
hah tu tajuk kat atas tu la tempat nad bersalin..
ok nak bersalinkan aziz kat UMRA Medical Centre, Shah Alam
pada siapa yang nak taw macam mana pengalaman bersalin.. boleh baca kat sini

so i believe ramai mommies kat yang baca nie mesti nak taw camne service bersalin kat hospital nie..
believe me, if korang google n cari pasal umra nie, mesti korang akan baca negetive and positive pasal hospital nie. so meh baca my review tentang hospital nie..

ok kronologi bersalin nad korang boleh baca kat entry sebelum nie k.. so entry kali nie more to review je.
nad since dapat tahu pregnant, nad check up kat klinik biasa je.. so bila kandungan cecah 7 bulan, nad da mintak refer ke hospital UMRA nie.

dari segi appointment di UMRA nie, everything ok for me.. tak di nafikan memang sangat ramai yer orang datang checkup kat UMRA, tapi for me it's normal.. ada juga dikalangan ibu2 yang nad rasa baru pregnant duk merungut sebab kena tunggu lama for check up and merungut kat nurse.. huh kalau ko gi klinik kerajaan la, lebih teruk dari tu kena tunggu.. tapi ok la setiap kali nad gi checkup kat umra at least amik masa dalam 2 jam tuk settle semua.. takde la lama sangat.. nad setiap kali gi check up da standby everything.. mesti bawak novel, minuman dan makanan.. n bila sampai kat umra i akan cari spot yang cantik untuk baca novel sambil tunggu turn tuk check up.... kat umra nie bila kiter checkup.. first dia akan timbang berat kiter.. amik tekanan darah n buat urine test.. then baru la tunggu tuk jumpa dr.. setiap kali jumpa dr, dr akan check perut n scan baby.. then bila kandungan dah cecah 38 minggu dorang akan buat ctg scan.... tu dari segi check up la..

ok dari segi bilik dan service Doktor n Nurse, nad kategorikan tip top, nurse layan sangat baik dan sabar and doktor pun sama, dorang memang menjaga patient sangat2..
dari segi kemudahan bilik bersalin.. ok kat umra nie de 4 kategori bilik which setiap bilik harganyer berlainan dan environment pun lain.. macam nad.. nad amik bilik executive single room. bilik dia memang selesa dan besar. selain tu suasana UMRA nie pun selesa sangat..
yang penting husband boleh masuk waktu kiter bersalin tu.. and doktor bagi husband potong yer tali pusat anak... moment yang best taw.. (*_*)



ok nie bilik nad.. executive single room.. bilik ni besar n de bilik air sekali. 
selesa la.. husband pun ada tempat tido.. almari sangat banyak yer...



 nad pun dulu de gak baca review kata umra nie suka c-zer patient.. but serius.. sepanjang nad kat sana waktu admit nak bersalin.. takde perkataan c-zer pun doktor sebut kat nad.. dorang lagi suggest untuk go for normal delivery k... and alhamdullilah nad selamat bersalin secara normal without epidural, walaupun kali nie sakit dia memang lama... 

this my bill semasa bersalin.. bill nie untuk penginapan executive single room and nad bermalam selama 2 malam.. kenapa 2 malam sebab masa tu shah alam di landa bencana takde air yer.. then nad mintak ngan doktor tu nak duk kat sini for 2 days.. lagipun masa tu nad tak buang air besar.. jadi doktor kata ok jer..
yela janji bayar kan.. tapi overall nad satisfied la ngan harga and facility UMRA... 
*p/s- mesti ada yang kata mahal kan.. hehe nad dapat claim untuk bersalin nie..
 tu pasal gi umra.. 

so to  mummies out there nad memang recommend la  bersalin kat sini dan my review service and facility UMRA sangat bagus.. kalau ada yang tak ok tu bagi nad very minimum n boleh diaccept..

so kat bawah nie nad attachkan brochure pakej2 dorang...

Pakej UMRA

Pakej UMRA

menarik kan... hehe tapi memang ramai taw orang yang datang sini untuk check up and bersalin.. mummies semua kena banyak bersabar k..

p/s- berbeza sungguh pengalaman bersalin kat PPUM n UMRA, and mana satu lagi best?
hehehe adalah..

Hello world.. aziz n aish


sharing is caring

thanks for reading this entry..


Tragedi MH17, Malaysia diduga lagi

Assalamualaikum

Ya Allah, malaysia di uji lagi dengan tragedi MH17..dimana pada Khamis, 17 Julai 2014, sebuah pesawat penerbangan Malaysia yang membawa 298 orang telah ditembak jatuh di timur Ukraine – yang didalangi oleh puak pro-Russia. (waallahualam).



mari kiter sama sama berdoa agar mangsa tragedi MH17 di tempatkan dikalangan orang beriman. 



Al-Fatihah



korang boleh baca kronologi MH17 kat sini 




yang nie last footage of one of malaysian passenger dalam flight mh17


mari sama-sama doakan untuk MH17
dan doakan agar pasukan - pasukan yang di tugaskan untuk mengurus MH17 di beri kebenaran untuk pergi ke lokasi kejadian dan permudahkan urusan mereka untuk membawa pulang mayat2 mangsa

#justice for MH17



Pengalaman Bersalin kali ke-2

Assalamualaikum



Alhamdulillah, nad da selamat bersalin anak yang ke-2 pada 29th April 2014.. alhamdullilah semua selamat, walaupun pengalaman bersalin kali nie lebih sakit dari yang sulung dulu..


betul kata mak mak kiter or orang tua.. setiap anak yang dilahirkan, pengalaman dan rasa sakit juga berlainan. berbanding anak yang pertama, melahirkan aish sangan senang dan sakit pun sekejap jer.. dan pengalaman melahirkan anak yang kedua, agak sakit dan menahan sakit yang agak lama.. tapi alhamdulillah aziz keluar dalam keadaan yang sangat sihat dan yang penting comel n hensem yer... ngeh...ngeh... 



Aziz anak yang special, anak yang sihat! sihat segalanyer seperti abang nyer tapi dilahirkan dalam satu kekurangan, di mana kekurangan tersebut tak la teruk mana, tapi sebagai ibu, memang nad memikirkan masa depan nyer nanti.. doktor juga kata, aziz adalah bayi sempurna dan kekurangan nyer boleh di atasi,  insyallah tuhan maha mengetahui dan sebaik perancang... insyaallah aziz akan sentiasa ok...nantilah.. one day bila nad da bersedia nak bagitaw apa kekurangan nyer.. nad akan share kan dengan semua k.. buat masa sekarang.. biar la dulu.. nad belum bersedia.. 




ok nad nak share pengalaman dan rasa sakit melahirkan anak yang ke-2 nie..
yang kali ke 2 nie unexpected bersalin.. sepatutnyer due date 9th may 2014, but aziz nk keluar awal kan... so jum baca chronicle smp aziz keluar k... >_<

Monday - 28th April 2014, 5.30am

- Bangun pagi da rasa tak sedap badan, rasa badan cam sembab je n rasa badan sangat berat.. masa nie perut pun da sarat sangat, nak kata da turun ke bwah tak taw la.. ramai yang cakap perut masih tinggi.. owh masa nie da tak larat da.. memang kalau aish mintak dukung.. memang tak dpat la.. so bangun pagi bersiap2 nak gi kerja.. then terus gerak ke shah alam, hantar aish ke rumah MIL then terus strait ke tempat kerja.. sebelum tu dalam kereta suami da cakap da muka tu bengkak asal? hurm.. masa tu pikir belum lagi nak beranak nie..

Monday - 28th April 2014, 9.30am

- masuk opiz n teruskan macam biasa kerja.. kena siapkan kerja yang pending dan juga handover kerja kat office mate. so.. tengah sibuk2 kan diri siapkan kerja, rasa nak terkucil plak.. pergi toilet, then terkejut de ketulan lendir bercampur darah.. tak banyak but ada la sikit.. so da menjerit n office mate kebetulan dalam toilet pun cuak gak.. so cakap kat dia ada kuar lendir darah sikit.. and tunjuk kat dia ok lendir tu.. hahaha segan gak tunjuk kat dia waktu tu..
so officemate pun cakap... takde pape kot.. just relax je.. masa tu ada terpikir nak gi hospital lepas balik kerja.. so duduk balik kat tempat kerja n buat cam biasa.. after 15 minit rasa nak terkucil.. kali nie gi balik toilet.. lendir tu masih ada lagi.. so after selesai process then bangun nak flush la toilet.. then tengok dalam toilet bowl tu de kesan lendir with darah.. so cepat2 bagitaw member cakap nak gi hospital..  after inform bos n others terus la bergerak ke hospital. masa tu da standby da barang baby kat dlm keta. sampai hospital memang ramai orang, lama gak menunggu dalam hospital tu tuk jumpa dr, bila jumpa dr nad explain what happen to me, so bermula la sessi seluk menyeluk (owh seluk menyeluk nie la yang tak best sekali ok) kali nie seluk sakit okayyyyy... after seluk dr cakap baru terbuka 2cm, n dia cakap " i don't think you bersalin today, but this week"
okay.. masa tu da lega sikit.. tapi sebelum balik tu dr suruh buat CTG heart beat baby dulu.

Monday - 28th April 2014, 12.30pm
-  masa nie tengah menunggu untuk buat CTG heat beat baby, takde sakit lagi or any tanda yang keluar. buat relax lagi... borak2 ngn member opiz yang teman tu, buat joke bodoh sikit. then tiba2 nurse panggil untuk buat CTG. Nad di tempat kan dalam satu bilik yang ada katil n mesin CTG tu, so start la process mendengar jantung baby, masa nie dalam hati da doa jangan la jantung baby laju macam abang dia dulu.. boleh refer entry nie untuk penglaman bersalin kan abang aziz.
ok back to our story... after pasang CTG tup..tup.. tengok heart beat baby tinggi macam aish dulu.. dalam hati dah jangan plak baby dlm perut nie buat hal.. dalam 20 minit gak la buat CTG tu, then nurse masuk cakap "your baby CTG bacaan tak cantik la.. tinggi sangat, lebih dari border line" nad pun explain la kat dia cakap masa first baby dulu pun camni gak.

so nurse cakap Dr. suruh sambung CTG sambil drip air, bagi turunkan heartbeat baby, if heartbeat baby tak turun mayb kena admitted.... owh no waktu nie da pikir.. mau beranak aku malam nie...


gambar  masa tengah CTG baby, masa nie heart beat dia 176, 
paling tinggi heartbeat dia masa ari tu 200

nie la opiz mate den yang bawak n teman masa kat hospital, teman smp petang tu.. 
thanks cik zaleha.. >_<

Monday - 28th April 2014, 7.30pm
-so bila heartbeat baby tak cntik memang confirm la kena admitkan, jadi nak di jadikan citer dr cakap kena buat CTG nie dari tengahhari smp la petang okay... tak boleh makan n minum k.. stress taw..  pukul 7 nurse masuk n cakap boleh berhenti buat CTG and jumpa Dr.
so bila turun jumpa doktor, dia terangkan la kenapa heartbeat tinggi, so mungkin nad nervous or something, jadi dia cakap malam nie nad kena duduk kat wad n monitor lagi heartbeat smp esok.. if esok tak bersalin n hearbeat baby ok, then nad boleh discharge.
so bla..bla..bla.. uruskan proces admitted and masuk la wad, sebelum tu sempat suruh suami gi tapau kfc yer.. lapar yang amat sangat taw..

Monday - 28th April 2014, 8.30pm
- ok waktu nie tengah menikmati kfc kat dalam wad, tiba2 terdiam sebab nad terasa sakit contraction every 15 minutes. mula2 rasa pikir just a braxton hicks je, tapi bila setiap 15 minit tu da rasa tak sedap ati.. tapi nad diam lagi.. tak cakap kat husband, masa nie nad admit wat sharing, which satu balik share ngan 3 orang. masa contraction berlaku, jiran katil sebelah nad nie baru lepas beranak taw, so ramai la sedara mara dia kat situ and keadaan sangat la bising. sangat stress, nad call nurse mintak tukar bilik ke bilik non sharing, which bilik tu nad sorang jer. nasib baik bilik tu available ko.. so tengah sakit2 tu pindah la ke bilik vvip tu, lega sikit sebab tak bising. masa contraction every 15 minit nie, nad bagitaw nurse n bila dia check kat CTG memang de contraction every 15 minit, tapi nad still boleh tahan.. masa nie dah tepon bagi taw semua orang kemungkinan nad bersalin malam nie..

Monday - 28th April 2014, 9.30pm
- ok masa nie contraction still 15 minit, tapi bertambah sakit contraction nyer..
masa nie my mum baru sampai dengan my sister, sampai2 jer terus my mom suruh minum air selusuh ngan minyak kelapa dara yang telah di baca ayat2 alquran. 
masa nie nad tak pikir pape lagi, terus minum la. 
lepas 10 minit minum, mak ai contraction makin kerap and lagi sakit, my sister sempat amik video waktu aziz bergerak2 dalam perut yer.. jelas dan nyata pergerakan dia mintak keluar dari  perut ibunyer tu.. heheh tak boleh nak letak video tu.. sensored la.. nampak kulit perut..
 heheh >_<

sambung balik citer,  so sakit contraction makin kerap every 5 minutes.. memang tak tahan sangat2 , doktor pun offer if nad nak amik epidural, nad cakap tak mau amik... hehe bukan apa.. kalau diikutkan sakit tu memang tak tertahan.. memang rasa nak amik epidural, tapi bila pikirkan kesihatan long term.. tu yang decide tak nak amik epidural.. nad takut bila da berusia sikit.. sakit2 tulang n belakang.. lagipun setiap sakit yang kiter lalui tuk melahirkan anak tu adalah pengalaman kan...  :)

so contraction 5 minutes tu berterusan sampai la pukul 11.30, masa nie tuhan je tahu betapa sakitnyer perut tu.. sakitnyer macam ada benda duk tendag2 nak keluar, dengan perut nyer bergerak macam ombak, memang masa nie my sister n my mum duk usap2 perut bagi legakan sakit tu.. ooo nie petua nurse tu yer.. dia cakap if tiap kali contraction datang mengiring tepi dan usap perut n bahagian belakang perut.. tu akan membantu tuk melegakn sakit contraction tu... n believe me bila nad buat... memang ia melegakan sikit.. but sakit tu still ada la.. tak boleh nak lari
huhu masa nie tengah menahan sakit ne.. suruh suami amk gambar hehe moment nie..


Monday - 28th April 2014, 11.45pm
- masa nie doktor datang nak cek bukaan bawah, n bila dr seluk dia cakap baru bukak 3-4cm n my contraction is every 3-5 minutes.. memang dia cakap lambat nyer bukak... masa nad dengar dia cakap lambat tu.. nad da nak menangis... memang sakit sangat da..  tapi tu la tak bukak besar kan n rasa meneran tu pun tak rasa lagi... so doktor cakap dia bagi nad enema dulu untuk clearkan usus, nanti masa process teran meneran tu tak la terkeluar isi perut tu kan.. nad rasa waktu nie mungkin sebab nad minum air selusuh awal sangat.. patutnyer kena minum bila dia da bukak 5cm ke atas kan..heheheh.. nak tak nak tahan la sakit.. doktor de offer gak if tak tahan sangat kiter boleh operate, tapi nad sayyyy noooooo to C-zer unless condition waktu tu memang terpaksa di bedah... mintak la di jauhkan. tak mau la belah2 nie.. seram... (@_@!!)

Tuesday - 29th April 2014, 1.30am
ok waktu nie nad memang da tak tahan.. masa nie my mum da balik ngn my sis.. tinggal nad n husband jer.. tengah duk tahan2 sakit  tu.. tiba2 nad rasa nak meneran * ok untuk pengetahuan korang  waktu nie nad nyer air ketumban tak pecah ok.. memang tak pecah n doktor pun tak pecah kan.. nad pun tak taw kenapa...*
hah bila rasa nak meneran nie, lekas2 nad bagi taw husband suruh panggil doktor, bila nurse datang ngan doktor, doktor seluk n cakap baru bukak 7 cm.. dia cakap jangan teran lagi.. masa tu nad diam lagi... n dengar je la cakap doktor.. lepas doktor keluar dari bilik tu, nad relax lagi.. tahan la segala rasa sakit n meneran tu.. afer 15 minutes.. nad da rasa sangat2 nad teran yer.. pe lagi.. jerit la panggil nurse.. huhu memang nad menjerit.. sebab takut kan.. bila nurse datang.. nad cakap nad da tak tahan, memang rasa nak meneran.. memang terasa baby kat bawah tu... so nurse pun tolak la ke labour room
bila sampai labour room tu, dorrang suruh baring kat atas katil kan, masa nie doktor masuk n doktor seluk lagi.. dia cakap " baru 8 cm nie puan.. jangan teran lagi yer.."


Tuesday - 29th April 2014, 2.00am
lepas doktor cakap jangan teran lagi tu dia pun kuar la dari bilik labour room tu.. wahhhhh masa nie nad da panas da.. memang nad tak tippu... memang rasa nak teran sangat2.. nad da menangis2 dalam tu.. hubby pun cakap relax2.. jangan teran..
bila doktor tu keluar je dari bilik.. nad da rasa contraction + nak meneran.. masa nie nad da menjerit cakap dr saya nak teran... nurse da mengelabah, n panggil doktor.. when doktor masuk je dia seluk, sekali tengok da boleh ready untuk bersalin.. masa dia seluk tu nad da perasan, tangan dia tak masuk ke dalam habis.. its means baby da nak keluar sangat.. yang buat lagi sakit tu.. air ketumban tak pecah lagi yer... memang perit...
so bermula la sesi bertegangn ngan doktor dan nak beranak

Dr: nurse cepat2 tukar katil
Me: doktor tolong la, da tak tahan sangat nie.. nak teran dah..
Dr: nadira, wait don't push.. jangan teran nanti koyak bawah tu..
Me: ya allah tolong dr.. da tak tahan da nie
Dr: yes i memang nak tolong you.. you dengar cakap i.. jangan teran.. duduk keatas sikit.. jangan angkat punggung
Me: tolong dr..
Dr: yes i tolong you (nada agak marah) you listen to me.. jangan jerit2 k.. you duk atas sikit.. i nak pecahkan air ketuban you..

so bila dr da pecah kan air ketuban

Dr: owh baby da berak dalam perut... ok nadira push.. jangan jerit ok... now pusshhhhhhh
Me: tak boleh dr
Husband: er.. doktor boleh saya tunggu kat luar tak ( erkkk. masa nie dengar memang rasa nak lempang)
Dr: no.. you stay here n help your wife (angry tone)..
Dr: nadira teran now, i da nampak rambut.. just one more push.. the big push... 
Me: ermmmmmmmm (Teran)
Dr: ok.. kepala baby da keluar.. jangan teran...

owh masa nie da lega sangat, sebab baby da keluar and dorang letak atas perut nad...

Tuesday - 29th April 2014, 2.10am

Me: hello baby!! mummy waiting for you
Dr: en aznoor nak potong tali pusat nie
husband: erk.. boleh ke dr.
Dr: yes you can.. now cut it.. faster...

masa nie da tak larat da k.. after husband potong tali pusat tu memang terharu sangat k..

Dr: ok nadira nie baby pe?
Me: baby boy. dr kenapa dia tak menangis?
Dr: no.. he fine.. see he crying.. sambil angkat n tepuk punggung aziz (Comell waktu nie)
Me: smile :)
Dr: ok nadira please teran lagi.. i nak keluarkan uri you nie.. (sambil dr tekan2 atas perut nad)
Dr: teran lagi nadira.. uri termasuk balik nie.. sedut gas tu....
me: dr i da tak larat dr..
Dr: nurse, pegang gas tu... nadira.. you sedut gas tu dalam2... sedut..
me: pasrah n sedut dalam2..

waktu sedut nie, nad rasakan yang dia macam masukkan tangan tuk tarik uri tu keluar.. tapi tu la. tak rasa sebab lalok sedut gas tu...

so tu lebih kurang tu la  conversation masa dalam labour room.. lepas tu nad da tak ingat... masa dia jahit kat miss v pun.. nad da lalok sangat.. tapi boleh rasa gak r sakitnyer.. tapi nasib baik tak koyak besar ko...

masa dia jahit tu, nad nampak la aziz di bersihkan dalam bekas baby.. husband pun duk sibuk2 tengok2 anak dalam tu.. masa tu la kami suami isteri perasan akan kekurangan aziz, masa dalam labour room tu, ya allah luluh hati bila dapat taw masalah aziz waktutu..n lagi sedih bila dr tak bagi nad tengok aziz.. sebab dia takut nad sedih.. dr cakap " don't worry nadira.. nothing happen to your baby, dia sihat dan sempurna.. hanya sedikit je kekurangan tu.. dengan zaman sekarang semua boleh di buat.. be strong n be positive... anak you sihat luar dan dalam... you patut bersyukur k.. ( nnti la bila nad da bersedia, nad akan ceritakan lebih tentang aziz k...) 

so itu la process dan pengalaman bersalin nad ketika melahirkan aziz... hehe memang berbeza dengan pengalaman melahirkan aish dulu.. sakit pun lain, experience pun lain, suasana hospital pun lain.. segalanyer lain...

Alhamdullilah, hospital yang nad bersalin nie pun service pun tip top... walaupun dalam internet ada gak bad comment pasal hospital nie, tapi bagi nad.. experience nad kali nie memang best.. walaupun aziz lahir dalam keadaan kurang sempurna, tapi doktor2, suami, famili dan kawan2 la yang memberi kata2 positive dan semangat untuk menerima hakikat tu... 

alhamdulillah.. sampai waktu entry nie di tulis.. aziz membesar dengan sihat dan sempurna, memang tak nampak la kekurangan nyer tu.. dan membesar dengan penuh senyuman.. hehe

so macam mana pengalam korang bersalin?

nanti di next entry nad akan review hospital mana nad bersalin k.. nad sure ramai mommies or reader kat luar sana memang list this hospital as one of your choice..




Hi, nama saya Muhammad Aziz Aiman
the hensem boy



jumpa di next entry k..

sharing is caring
thanks for reading this entry!



Pregnancy: Vitamin Ketika Mengandung

Assalamualaikum

Entry yang dah lama terperap dalam draft nie. baru berkesempatan nak update dan share pada semua. teruk betul nad nie kan. memanjang je takde masa nak update blog nie.
well entry kali nie nad nak share vitamin yang nad consume masa mengandung.. nad serius tak pernah makan vitamin yang doktor bagi.. jangan di tanya kenapa yer.. masa mengandung kan aziz nad consume vitamin shaklee and vitamin lain.

so street to the story.....

Nad consume vitamin shaklee which nad amik B-complex, Vitamin C masa first trimester. Then second & third trimester nad consume vitamin yang sama plus amik ESP shaklee, Oste-matrix Shaklee and neurogain PB. kenapa caca marba vitamin nad nie sebab sebelum tahu pregnant nad memang consume vitamin shaklee untuk kulit, so bila nad taw nad mengandung nad cuma boleh consume B- complex and vitamin C so additional nad tambah ESP, ostematrix and neurogain PB. of couse sebelum nad amik nad mintak consultation dr dulu yer.. and my dr pun kata ok. Vitamin shaklee nie pun di suggestkan by my friend yang sebelum nie pun consume this vitamin masa mengandung. selain tu nad pun survey2 kat internet pasal vitamin nie.. so far alhamdullilah nad takde masalah consume this vitamin. ok jom kiter kenal vitamin yang nad amik tu....

nie vitamin neurogain PB, which vitamin nie function dia cam minyak ikan. dia bagus untuk perkembangan otak baby yang dikandung.. so far nad consume this vitamin for both my pregnancy


ok yang nie ESP,  i tell you this ESP sangat superb bagus yer.. tak penat langsung masa mengandung and very energy. korang boleh baca khasiat nyer kat gambar tu


yang nie ostematrix, function nyer sama dengan pil calcium. khasiatnyer seperti di gambar yer



yang nie pulak vitamin c, yang ini tambahan jer.. kalau sesetengah preggy mommy tak nak consume pun ok.. nad amik nie sebab sebelum mengandung nad consume vitamin c ni.. jadi nak menghabiskan la.. plus bagus tuk kulit and mana taw kulit bb cantik kan bila kuar..

ok then nad consume b-complex, yang bagus nyer b-complex nie da inculde ngan acid folic yer so 2 in 1.. 

so itula vitamin yang nad consume semasa preggy no 2 nie..

ok review sepanjang nad consume product nie, nad memang tak de masalah.. paling nad suka minum ESP shaklee tu, sangat bertenaga dan masalah sakit belakang memang takde.. tapi kalau miss makan vitamin2 nie. mula la letih, sakit pinggang n sebagainyer.
so nie la vitamin yang nad cosume masa nad preggy si aziz.. ooo untuk pengetahuan semua, semasa entry nie di tulis nad da selamat bersalinkan aziz aiman hehehe :)

alhamdullilah, aziz keluar dengan sihat sekali n yang penting kulit dia lembutttttt sangat yer and rambut yang sangat lebat taw... 

so kepada mommies out there,  sangat disuggestkan consume vitamin shaklee nie.. especially ESP yang super sedap tu..
serius ESP tu kalau di minum dengan susu full cream, air coklat or air buah memang tersangat la lazat yer.. oooo eventho lepas bersalin pun nad still consume ESP nie and few vitamin shaklee.. 

nad beli set shaklee nie ngan my friends masa tu... so sekarang nie pun nad beli lagi ngan dia.. tapi tengah consider nak jadi salah satu member shaklee.. tapi tengok dulu la.. hehe my friend suruh i jadi one of shaklee member so i boleh tolong sebarkan kebaikan shaklee nie pada semua orang.. still dalam pemikiran lagi... insyaallah
if i jadi shaklee member definitely i kasi harga murah2 kaw punya.. hehehe

so itulah cerita vitamin nad masa pregnant kan aziz..
so jum nad perkenalkan my new boyfriend

MUHAMMAD AZIZ AIMAN B. MOHD AZNOOR

 


ok next entry nad ceritakan pengalaman bersalin ke dua nie.. kali nie nad tak bersalin kat ppum, nad bersalin dekat tempat lain.. haha saja je nak try experience bersalin di hospital lain. for sure ramai momies out there taw hospital nie.. next entry ya... i promise..

see ya... bye

Sharing is caring
thanks for reading this entry.!!


 
Copyright © Nadira Ismail | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in