Kepentingan Vaksin untuk kanak-kanak

Ramai parents kat luar sana yang tidah mahu memberi vaksin kepada anak2 mereka..
antara reason nyer terlalu banyak vaksin akan memudaratkan anak. Ada di antara vaksin tersebut tidak halal and ada yang mengatakna vaksin tu berbahaya...bla..blaa.blaaa

what a low minded!!!!

again i ask?

Perlukah vaksin untuk anak kiter?


yup PERLU.. maafkan la saya.. sekiranya ada diantara reader blog ini yang anti vaksin..
apa yang nad cuba sampaikan adalah pendapat masing2.. sekirannya anda tak boleh terima.. sila la tutup page nie yer... again sebelum saya mula berbicara tentang vaksin.. saya mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa yer....

ok 

nad terkejut which last two week my best friend dia mengatakan hasrat nyer untuk tidak memberi vaksin MMR bila anak nyer genap setahun.

and nad pun bertanya, kenapa tak nak bagi, kan vaksin mmr tu wajib di ambil.
tapi dia menyatakan yang takut terlalu banyak vaksin akan beri kesan kepada anak nyer.!
masa tu omaigad kenapa la dorang nie pikir camtu..
vaksin MMR adalah vaksin yang sangat penting untuk anak yer...!
vaksin MMR ialah Vaksin - Measles, Mumps and Rubella





nad bukan la doktor atau specialist in medical... but nad adalah seorang ibu yang sangat concern kan kesihatan anak... especially anak yang kiter lahirkan sendiri, n menanggung sakit berjam2... of coz kiter nak anak kiter yang terbaik and sihat rite..

orait dari pembacaan nad kat sini nad nak terangkan akan keselamatan dan kebaikan vaksin untuk anak kiter...selain membaca nad juga bertanyakan pendapat doktor.. ada diantara kawan2 nad doktor and juga doktor keluarga kami... 
di sini nad copy paste kan info tentang vaksin yang nad baca dari internet......





Kepentingan vaksin
Vaksin membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Meskipun begitu, kedengaran kini spekulasi yang membimbangkan kita berhubung imunisasi boleh membawa kepada penyakit autisme dan masalah-masalah lain. Ramai ibu bapa tertanya-tanya akan potensi vaksin ini dalam melambatkan atau mengelakkan penyakit. Ini boleh meletakkan semua anak-anak kita pada risiko – itulah sebabnya ia begitu penting untuk memisahkan fakta daripada fiksyen. Walaupun begitu,kepentingan dan kebaikan vaksin mengatasi kesan sampingannya. Antara kepentingan vaksin kepada bayi anda:
  • Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
  • Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
  • Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga.
  • Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.
  • Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
  • Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan dengan kos-efektif
  • Petikan article dari: http://my.theasianparent.com/pentingnya-vaksin-anak/



Apakah vaksin?
Prof Dr Zulkifli Ismail, seorang pediatrik konsultan, berpandangan bahawa vaksinasi adalah cara yang paling efektif untuk melindungi anak-anak daripada jangkitan penyakit yang boleh  membawa  kematian. Vaksinasi merupakan satu proses pembentukan imuniti. Ia dapat melindungi bayi dan kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu dengan mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Pemberian vaksin boleh dilakukan secara suntikan atau melalui mulut.
Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut. Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara:
Aktif – Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.
Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi

Penyakit – penyakit yang boleh dicegah melalui vaksinasi ini:
- Tibi (Tuberculosis) – akibatkan radang paru – paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.
Hepatitis B – boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati.
Polio – lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.
Difteria- akibatkan kesukaran bernafas,masalah jantung dan saraf.
Pertussis (batuk kokol) – boleh menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.
Measles (campak) – akibatkan radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
Mumps (beguk atau bengkak di belakang telinga hingga dagu) – radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.
Penyakit Hib (Haemophilus influenza type B) akan menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.


Selain dari itu, korang boleh baca dari blog Dr. Zubaidi, nad suka cara dia explain akan kebaikan vaksin ini... korang boleh klik kat sini untuk membaca blog dr zubaidi.. mungkin parents di luar sana  akan lebih memahami akan kepentingan vaksin selepas membaca artikel beliau.

si sini nad link kan few article dari blog2 yang menceritakan tentang vaksin... klik sini, sini, sini, sini, sini dan sini

kepada parents di luar sana... jangan mengambil ringan akan kesihatan anak2 kiter.. nad menulis nie sebagai seorang ibu yang concern akan kesihatan dan kebaikan anak saya... of coz saya akan mencari apa jua perkara yang mendatangkan kebaikan kepada anak saya.. pada saya setiap kali saya menghantar anak saya untuk di vaksinkan saya tawakal.. sekurang2 nyer saya mengambil langkah2 yang di perlukan.. sekiranya belaku sesuatu pada anak saya takla saya ralat..dan saya tak nak dengar dr atau sesiapa menyalahkan kecuaian pemgambilan vaksin....


 setakat nie alhamdullilah setiap kali anak saya divaksinkan, anak saya tak mengalami sebarang masalah atau alahan alhamdulilah dia membesar dengan sihat dan bijak.

kepada ibu bapa di luar sana... entry ini adalah pendapat dan hasil bacaan dan rujukan saya sahaja.. sekiranya masih ragu2 ibu bapa boleh merujuk pada yang pakar..

insyaallah next entry nad akan ceritakan tentang vaksin pneumococal.. alhamdullilah aish dah selamat diberi vaksin nie... nad hanya tawakal... sekiranya apa2 yang berlaku.. saya da berusaha kearah kebaikannyer.... 


Alhamdullilah Muhammad Aish Ilman membesar dengan sihat dan bijak
ibu akan memberikan yang terbaik untuk aish k.. luv u (*v*)


akhir sekali mari sama2 kiter baca petikan akhbar ini  "Parents' fear of vaccinations nearly killed their son"

wallahu a'lam







0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Nadira Ismail | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in