Tips: Bawa bayi naik pesawat

Sumber dari : Harian Metro

Ramai berpendapat menaiki pesawat bersama bayi berusia bawah dua tahun adalah suatu yang cukup mencabar, lebih-lebih lagi jika terpaksa mengembara berdua bersamanya.
Anak cerewet, hendak berlari-lari dalam pesawat, menangis sepanjang penerbangan, susah hendak menyusukan anak dan banyak lagi perkara yang menjadi kerisauan. 
Namun, penerbangan anda boleh menjadi lebih mudah dan menyenangkan dengan perancangan teliti, tidak kira anda mengembara berdua saja dengan bayi atau bersama ahli keluarga lain. 

Oleh itu, tip melancong minggu ini memberikan beberapa panduan kepada ibu yang akan menaiki pesawat untuk sampai ke destinasi dituju.


Dapatkan penerbangan yang betul 

Lihat jadual bayi anda dan anda mungkin boleh merancang perjalanan ketika waktu tidurnya. Dengan perancangan teliti itu, anak boleh tidur lena sepanjang penerbangan ke destinasi dituju, sekali gus memberi peluang kepada anda untuk berehat. 

Jika bayi anda sudah menunjukkan tanda mengantuk ketika di balai menunggu, usahakan untuk membuatkan dia tidak tidur sebelum masuk dalam pesawat dengan mengalihkan perhatiannya kepada apa juga perkara atau bermain bersamanya. 

Ini bagi mengelak dia tidur sebelum menaiki pesawat dan membantu dia lena sepanjang penerbangan. 


Kerusi tambahan untuk bayi yang sudah boleh duduk 

Bayi berusia dua tahun ke bawah biasanya tidak memerlukan kerusi dan hanya duduk di riba ibu atau bapa. 

Namun, bagi memberi keselesaan kepada anda sepanjang penerbangan terutama yang mengambil waktu panjang, mengambil satu lagi kerusi adalah digalakkan. 

Dengan menempah tempat duduk tambahan, anda boleh membawa ‘carseat’ anda ke atas pesawat dan anak kapal akan membantu anda untuk memasangnya. Bagi anak yang sudah boleh duduk, mereka pastinya boleh duduk dengan selesa dengan kerusi tambahan yang anda minta. 

Caj tambahan sememangnya dikenakan tetapi ia tidak semahal yang disangkakan dan pastinya anak dan anda dapat duduk lebih selesa. 

Bagi bayi yang tidak boleh duduk sendiri, anda mungkin boleh menggunakan anduh atau kain untuk memberikan keselesaan. 


Pemilihan tempat duduk di dalam pesawat 

Ketika memilih tempat duduk dalam pesawat, pilih tempat duduk berdekatan tingkap untuk mendapatkan lebih privasi kepada anda dan anak. 

Selain itu, anda juga boleh memilih tempat duduk yang memudahkan anda untuk bangun ketika menukar lampin atau untuk melayan kerenah anak yang ingin berjalan-jalan dalam pesawat. 


Pakaian mudah 

Ketika melakukan penerbangan terutama jika anda berdua sahaja bersama bayi, pastikan pakaian yang anda dan anak pakai adalah pakaian ringkas. 

Bayi terutamanya pakaikan dia pakaian yang mudah untuk dibuka sama ada untuk menukar pakaian atau menukar lampin. 

Pastikan juga anda tidak menggunakan kasut bertali untuk bayi anda apabila terbang bersamanya kerana ia memberi kesukaran atau melecehkan saat mahu membuka seluarnya. 

Pakaian yang anda kenakan pada bayi pula biar bersesuaian supaya dia selesa sepanjang penerbangan. 

Untuk mengelakkan bayi anda kesejukan, anda mungkin boleh memakaikan dia baju yang sedikit tebal atau membawa jaket khas untuknya. 

Pastikan semuanya lebih mudah untuk anda uruskan ketika terbang berdua bersama bayi. 


Barang keperluan secukupnya 

Pastikan anda mempunyai lebih daripada cukup segala-galanya dalam kes penerbangan anda terlewat. Ini bermakna lampin tambahan, pakaian tambahan, makanan ringan tambahan, tisu tambahan dan susu formula tambahan. 

Pastikan juga anda membawa pakaian sesuai dengan suhu dalam pesawat untuk bayi dan anda sendiri. Baju tambahan untuk anda juga jangan diabaikan. 

Simpan semua keperluan ini dalam beg lampin anda yang akan sentiasa dibawa bersama untuk menyenangkan anda. 


Jangan malu untuk meminta bantuan 

Anak kapal boleh membantu anda untuk mendapatkan keselesaan sepanjang penerbangan. Mereka juga bukan saja boleh membawakan air untuk membuat susu, mengambil barang dalam tempat penyimpanan barang, bahkan menjaga anak anda sementara anda mahu ke bilik air. 

Anda jangan malu untuk meminta bantuan daripada mereka. 


Bayi menangis di dalam pesawat 

Banyak faktor yang menyebabkan bayi menangis dalam pesawat dan satu daripadanya adalah tidak selesa terhadap tekanan yang dirasai mereka. 

Orang dewasa juga sering mengalaminya, inikan pula bayi yang membuatkan telinga mereka sakit dan sebagainya. 

Bagi mengelak perkara ini berlaku, pastikan anda memberikan bayi anda susu, makan, minum atau apa saja yang boleh membuatkannya menelan sebaik pesawat berlepas sehingga isyarat tali pinggang keledar dipadamkan. 

Lakukan perkara sama ketika pesawat mendarat. Pastikan juga si dia sentiasa selesa berada di tempat duduk dan sediakan permainan yang boleh menghilangkan kebosanannya. 

Membawa si dia berjalan-jalan buat seketika dalam pesawat juga boleh mengelak daripada meragam dan menangis. 


Penyusuan susu ibu 

Bagi anda yang menyusukan bayi, mengambil kerusi di tepi tingkap adalah pilihan terbaik. Ia bukan saja memberikan keselesaan kepada anda ketika menyusukan anak tetapi juga lebih terlindung daripada penumpang lain. 

Jika penumpang di sebelah tempat duduk anda adalah lelaki yang bukan pasangan anda, minta bantuan anak kapal untuk meminta supaya anda ditempatkan di tempat duduk bersebelahan perempuan. 


Peti kecemasan 

Bawa bersama anda peti kecemasan sendiri. Di dalamnya letakkan ubatan yang digunakan anak anda sekiranya diserang masalah kesihatan secara tiba-tiba. Misalnya ubat batuk, ubat demam, ubat selesema, pembalut luka dan salap berwap.



p/s- insyallah nanti nak travel dengan aziz pergi tempat jauh sikit.. travel berdua jer..

have a safe journey with your baby :p 


sharing is caring

Thank you for reading this entry !!

Resepi 1 # Puding Oreo Milo

Assalamualaikum

masih lagi dalam bulan syawal yang mulia nie, hari nie nad kat opiz de buat jamuan raya potluck, so bersemangat la kami nie semua membawa makanan, nad lepas bersalin nie rajin la sikit nak menerai masak2 nie. sebab memang sukaaaaaa makan n masak.. 

so untuk jamuan raya nie nad offer nak buat ayam masak merah and puding oreo milo or agar-agar oreo milo.

nie actually first time buat yang menjadi, sebelum nie buat tak menjadi sebab mungkin kurang agar-agar..

potluck raya kali nie sangat meriah, walaupun tak ramai staff kan, but ukwah antara kami sangat kuat.. so masing2 bawak lauk.. macam2 lauk la.. ada yang bawak masak lodeh, kuah kacang, nasi tomato dan banyak la. kali nie team executive yang sponsor semua potluck food.. tq korang... korang memang rawk la.... 

nad bawak Ayam Masak Merah and Puding Oreo Milo. alhamdullilah nasib baik la dua2 lauk nie menjadi.. kalau tak malu gak la den... malam tadi sampai kul 12 menyiapkan semua makanan nie.. 
puding oreo tu nad bega2 sikit resepi nyer.. resepinyer nad amik dari satu blog hana san... tapi believe me.. memang sedap, tapi nad terbuat manis kan.. so next time bila buat nad nak kurang kan gula tu.. buat macam manis2 buah je... heheh










he he he meriah kan... nanti resepi ayam masak merah nad share next entry k...

so meh kiter tengok resepi puding oreo milo nie...
tq hana san for the awesome oreo milo agar-agar nie....



Resepi Puding Oreo Milo / RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY


Sumber: Blog Hana San



Bahan-bahan


  • 1 bungkus agar2 serbuk (10gram)

    • 750ml air
    • 160g gula
    • 1 tin susu cair (400ml)
    • 3/4cawan milo
    • satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
    Cara-cara
    • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
    • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
    • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
    • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.
    Tips Melapis :
    • Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
    • Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
    • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

    sharing is caring

    Thank you for reading this entry

    Review: UMRA Medical Centre @ Hospital UMRA

    Assalamualaikum

    huhu janji nak reveal kan tempat nad bersalin untuk baby no-2 nie kan,.
    hah tu tajuk kat atas tu la tempat nad bersalin..
    ok nak bersalinkan aziz kat UMRA Medical Centre, Shah Alam
    pada siapa yang nak taw macam mana pengalaman bersalin.. boleh baca kat sini

    so i believe ramai mommies kat yang baca nie mesti nak taw camne service bersalin kat hospital nie..
    believe me, if korang google n cari pasal umra nie, mesti korang akan baca negetive and positive pasal hospital nie. so meh baca my review tentang hospital nie..

    ok kronologi bersalin nad korang boleh baca kat entry sebelum nie k.. so entry kali nie more to review je.
    nad since dapat tahu pregnant, nad check up kat klinik biasa je.. so bila kandungan cecah 7 bulan, nad da mintak refer ke hospital UMRA nie.

    dari segi appointment di UMRA nie, everything ok for me.. tak di nafikan memang sangat ramai yer orang datang checkup kat UMRA, tapi for me it's normal.. ada juga dikalangan ibu2 yang nad rasa baru pregnant duk merungut sebab kena tunggu lama for check up and merungut kat nurse.. huh kalau ko gi klinik kerajaan la, lebih teruk dari tu kena tunggu.. tapi ok la setiap kali nad gi checkup kat umra at least amik masa dalam 2 jam tuk settle semua.. takde la lama sangat.. nad setiap kali gi check up da standby everything.. mesti bawak novel, minuman dan makanan.. n bila sampai kat umra i akan cari spot yang cantik untuk baca novel sambil tunggu turn tuk check up.... kat umra nie bila kiter checkup.. first dia akan timbang berat kiter.. amik tekanan darah n buat urine test.. then baru la tunggu tuk jumpa dr.. setiap kali jumpa dr, dr akan check perut n scan baby.. then bila kandungan dah cecah 38 minggu dorang akan buat ctg scan.... tu dari segi check up la..

    ok dari segi bilik dan service Doktor n Nurse, nad kategorikan tip top, nurse layan sangat baik dan sabar and doktor pun sama, dorang memang menjaga patient sangat2..
    dari segi kemudahan bilik bersalin.. ok kat umra nie de 4 kategori bilik which setiap bilik harganyer berlainan dan environment pun lain.. macam nad.. nad amik bilik executive single room. bilik dia memang selesa dan besar. selain tu suasana UMRA nie pun selesa sangat..
    yang penting husband boleh masuk waktu kiter bersalin tu.. and doktor bagi husband potong yer tali pusat anak... moment yang best taw.. (*_*)



    ok nie bilik nad.. executive single room.. bilik ni besar n de bilik air sekali. 
    selesa la.. husband pun ada tempat tido.. almari sangat banyak yer...



     nad pun dulu de gak baca review kata umra nie suka c-zer patient.. but serius.. sepanjang nad kat sana waktu admit nak bersalin.. takde perkataan c-zer pun doktor sebut kat nad.. dorang lagi suggest untuk go for normal delivery k... and alhamdullilah nad selamat bersalin secara normal without epidural, walaupun kali nie sakit dia memang lama... 

    this my bill semasa bersalin.. bill nie untuk penginapan executive single room and nad bermalam selama 2 malam.. kenapa 2 malam sebab masa tu shah alam di landa bencana takde air yer.. then nad mintak ngan doktor tu nak duk kat sini for 2 days.. lagipun masa tu nad tak buang air besar.. jadi doktor kata ok jer..
    yela janji bayar kan.. tapi overall nad satisfied la ngan harga and facility UMRA... 
    *p/s- mesti ada yang kata mahal kan.. hehe nad dapat claim untuk bersalin nie..
     tu pasal gi umra.. 

    so to  mummies out there nad memang recommend la  bersalin kat sini dan my review service and facility UMRA sangat bagus.. kalau ada yang tak ok tu bagi nad very minimum n boleh diaccept..

    so kat bawah nie nad attachkan brochure pakej2 dorang...

    Pakej UMRA

    Pakej UMRA

    menarik kan... hehe tapi memang ramai taw orang yang datang sini untuk check up and bersalin.. mummies semua kena banyak bersabar k..

    p/s- berbeza sungguh pengalaman bersalin kat PPUM n UMRA, and mana satu lagi best?
    hehehe adalah..

    Hello world.. aziz n aish


    sharing is caring

    thanks for reading this entry..


     
    Copyright © Nadira Ismail | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in