Tips Penjagaan Kulit Muka

Lately nie i'm so stress with my kulit muka yang sangat bermasalah k.. naik jerawat kat dahi yang sangat banyak (after few years.. takde jerawat yang naik kat muka taw), then dah start naik bintik2 hitam, wrinkle kat muka and banyak lagi la... so stress, smp asyik nak makan jer taw (diri dah makin tembam... owh tidak (T_T) ).. so untuk menjaga muka nie i kena start eat suppliment, use face product yang ok and take collagen... huhu.. kena jaga kulit muka, if not en hubby akan lari.

so kat sini ada beberapa tips untuk menjaga kulit muka, if kiter nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

orait so nad kena follow this tips, sebab umur dah makin meningkat, tak nak muka nampak lebih tua dari umur.. owh tidak... please la jauh... i've few product yang baru di beli, after member2 suggest tuk cuba... nad baru cuba dalam few days nie.. and start menampakkan hasilnyer.. so let me try first and i'll share with you guys if it's work k...


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Nadira Ismail | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in