Aziz & Aish Selsema

Assalamualaikum

Entry sepantas kilat untuk hari ini..
Tengah sibuk kat opiz nie.. so dapat up dulu entry yang pending dekat seminggu nie

orait 2 minggu lepas aziz and aish di serang selsema..
so paham la kalau baby and budak2 nie kena selsema 
asyik cranky je.. n tak boleh nak berenggang ngan  nad..

paling teruk bila malam.. sebab dorang susah nak tido
sebab hingus block penafasan tru hidung dorang..

jadi apa solution nad buat.. 
nad buat minyak bawang putih.. cara buat minyak nie my WA group  jengkarian yang ajar.. (thanks guys for the advice.. appriciate it)

meh nad ajar for mummy out there camne nak buat minyak nie..

bahan - bahan


Bahan - Bahan
minyak - nad guna virgin olive oil from Palestine
3-4 ulas bawang putih
garpu

Cara - caranya

1. layurkan bawang putih tu di atas api dapur sampa dia lembik..macam da itam2 sikit. terpulang kalau nak kupas kulit bawang putih tu or not.. both are ok..

2. bila da layur n da lembik masukkan dalam tupperware yang sesuai then masukkan minyak tu.. then penyek2 kan sikit bagi juice bawang putih tu keluar..

3. then tutup bekas tu the biarkan dalam 1/2 hour bagi dia mix well ngan minyak tu.. sedap taw bau nyer.. hehe

4. so boleh la guna kat anak



cara nak apply kat anak
1. bila anak nak tido.. sapukan sikit minyak kat dada dia.. belakang dada dia.. n bawah hidung dia sikit.. boleh letak sekali sahaja or byk kali.. depend pada keselesaan anak ok..
2. nnt lama2 korang akan perasan anak korang akan selesa tido.. 
satu lagi.. korang buat minyak tu boleh di simpan dalam 1minggu or dua minggu.. nad simpan 1 minggu je.. kalau ada balance lepas tu nad buang.. then buat yang baru balik
2. nnt lama2 korang akan perasan anak korang akan selesa tido.. then hingus pun akan berkurangan..

dan satu lagi tips.. 

korang boleh tumbuk lumat bawang putih tu.. then letakkan dalam sock baby anda.. insyaallah selsema dia akan kurang.. nad buat dua2 tu kat aziz.. but aish nad letak minyak jer... 


 bawang putih nie selain dari bagus untuk masakan.. banyak kebaikan nyer lagi..
korang boleh baca akan kebaikannyer yer kat bawah nie

Khasiat bawang putih mentah

  • Dapat meredakan demam + selesama
  • Merendahkan tekanan darah
  • Memiliki tindakan hipertensi + antikoagulan + anti-trombotik dan keupayaannya untuk mengurangkan aterosklerosis berkaitan dialami dalam arteri kita
  • Membantu mengawal gula dalam darah
  • Mengurangkan pengumpalan platelet + pembekuan darah = sekali gus mengurangkan strok
  • Mengelakkan + merawat jangkitan bakteria + virus + kulat
  • Merawat parasit dalaman dan luar seperti kutu + nyamuk. Mana yang nak pergi Camp bawa xtra garlic
  • Boleh membunuh beberapa jenis bakteria yang telah menjadi imun atau tahan antibiotik moden
  • pengambilan bawang putih boleh mengurangkan risiko membangunkan beberapa jenis kanser, terutamanya kanser saluran gastrousus. Boleh baca Bawang putih juga penawar kanser
  • Meningkatkan tahap antioksidan keseluruhan badan + merupakan sumber selenium = ubat anti-kanser yang kuat
  • Mengalami penyakit kaki makan air? Letakkan beberapa kepingan bawang putih segar atau beberapa bawang putih yang dihancurkan dibahagian antara jari kaki anda. Balut dan biarkan untuk beberapa jam = 6 jam.
  • Menunjukkan sifat2 ajaib dalam merawat keracunan logam berat seperti plumbum + merkuri + kadmium + arsenik + tembaga. Jika terkena salah satu logam tersebut dalam badan maka cepat2 kunyah bawang putih mentah
  • Menyembuhkan bisul + kudis. Hancurkan bawang putih dan tepekkan atasnya. Biarkan hingga kering dan ulangi amalan ini hingga kudis sembuh
  • Untuk menghilangkan ketuat atau kutil iaitu lebihan daging kulit seperti tahi lalat hidup. Ambil beberapa kepingan bawang putih dan letak pada ketuat tersebut. Ulangi hingga ketuat itu tanggal


orait so mummy boleh la try buat cara alami nie.. 
insyaallah akan sihat anak tu.. oo selain tu jangan lupa yer niat masa sapu kan minyak tu kat anak.. niat supaya anak kiter cepat sembuh.. 

orait got to go.. kerja da memanggil...

selamat mencuba yer mummies.. !!



sharing is caring!!

thank you for reading this entry!!




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Nadira Ismail | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in